JPJ eBid: SJC dan SB_H bakal dibuka bidaan

Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri, kedua-duanya dari Sabah, yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Siri plat nombor SJC, bakal dibuka bidaan 9 Disember 2023. Diberikan tempoh bidaan selama empat hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 12 Disember ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 13 Disember 2023. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

Manakala bagi siri nombor pendaftaran SB_H, bidaannya pula bakal dibuka mulai 17 Disember ini dan akan berakhir jam 10 malam pada 21 Disember 2023. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 22 Disember 2023.

Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.